Lirik Lagu Gurindam
Jiwa
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Lirik lagu yg menggambarkan betapa kehidupan org Melayu yang penuh kesantunan.Adab dalam menyampaikan rasa hati yg penuh nilai budi pekerti yg harus disemai dan dibugarkan supaya orang Melayu akan terus gidupa berlandaskan agama dan kesopanan.
ReplyDeleteYe saya setuju👍🏼
ReplyDeleteApa maksud ingin berkubur di tapak tangan dan mati di hujung kuku?
ReplyDeleteAgar senantiasa diingati
DeleteAsalamualaikum..MAKSUD hendak mati duhujung kuku, berkubur ditapak tangan. Erti nya" contoh" angkat kedua belah tangan seperti berdoa��. Kedua ibujari itulah kuku dan kedua belah tangan itulah kubur. Erti nya bila kisah insan bercinta salah satu mati...pasangan yang hidup itu akan selalu menadah tangan berdoa pada allah utk pasangan yang arwah...hingga lah akhir hayat. #harap penjelasan ini dapat membantu semua. Insyallah.
DeleteAndai mati di hujung kuku, kuburnya mahu di tapak tangan. Kalau Kita genggam tapak tangan, hujung kuku akan bertemu di tapak tangan.
DeleteHendak mati di dihujung kuku maksudnya kematian yg kita tidak dapat elakan.. Dan mati itu pasti.. Kita tidak dapat melakukan apa2 dantiada kuasa tentang ketentuan Allah.
DeleteHendak berkubur ditapak tangan. Ku pohon kan pada Rabbil izzati. Hadiah doauntuk yg disyangi yg telahtiada lagi diduniaini
Burung merpati terbang seribu
DeleteHinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
"Hendak mati dihujung kuku"
: Dihujung kuku jari syahadah iaitu hendak mati dlm khusnul Khotimah ,mati bersama mengucapkan kalimah syahadah
"Hendak berkubur ditapak tangan"
Bermaksud:
Ketika lahir ke dunia aku disambut ditapak tangan
Ketika mati nanti aku minta dihantar bersama DOA DITAPAK TANGAN
Kerna ditapak tgn ada 99 nama Allah iaitu 81+18 :99 nama mu ya Allah...
Sekiranya aku ddlm Rahmat& pimpinanMU atas ehsan kasih sayangMU, walau hangus dibakar Api murka mu,pengharapanku_aku kan pulang ke pangkuan mu
🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️
DeleteKalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Semua harta, kebun,kereta, waris ke saya
🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️
Hahaha...
DeletePada pendapat saya, hendak mati di hujung kuku membawa maksud hendak mati dalam keadaan mengingati Allah. Hal ini kerana pada kebiasaannya para solihin berzikir menggunakan jari-jari mereka hinggalah ke hujung kuku. Maka, hendak mati di hujung kuku, saya simpulkan ia sebagai mati dalam keadaan mengingati Allah.
ReplyDeleteSeterusnya, hendak berkubur di tapak tangan, saya sangkakn sebagai apabila penyair itu telah meninngal, beliau mengharapkan orang ramai untuk berdoa untuknya. Di sini, tapak tangan bermaksud tangan orang ramai yang mendoakan si mati.
apa maksud kalau tuan mudik ke hulu belikan saya bunga kemboja , kalau tuan mati dahulu nantikan saya di pintu syurga
ReplyDeleteDia maksudkn nk kirim bunga kemboja kat kdai acheh kepong
Delete"Kalau tuan mudik ke hulu
DeleteCarikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga"
Maksudnya : kalau ada hati nak curang, lebih baik biarkan aku mati. Bunga kemboja adalah significant utk kubur. Sebab dari atas kita tahu bahawa mereka akan berpisah tapi bercerai tidak .. jadi mereka mungkin Pasangan Jarak Jauh .. jadi kalau semasa berpisah tu mati, jumpa di syurga. Tapi kalau niat nak curang, carikan bunga kemboja atau dengan erti lain .. biarkan pasangannya mati sahaja
Saya gak mengerti tentang syair, saya cuma belajar Karna ada dalam sebuah materi pembelajaran, bisahkan menjelaskan maksud dari semua lirik syair tersebut???
ReplyDeleteMksdnye xnak trpisah jauh..crita ni psal suami isteri yg trpisah sbb si suami bekerja, smpi hilang fokus suami pd kerjanya
ReplyDeleteMaqam syahadah nabi Adam semasa di jadikan di syurga. Warna tubuh di syurga, peringatan pd kuku kita dan genggam berkubur lah 99 asmaul husna di tapak tangan.
ReplyDeleteSaya coba ya-Intipati lagu ini adalah brkenaan sepasang kekaseh/suami isteri yg sedang galak berchinta.
ReplyDeleteKetika sdg nazak nk mati lazimnya nyawa akn dicabot perlahan-lahan smpai ke hujong kuku kaki sehingga nyawa terputos dari badan mksodnya dlm lagu ini ianya berkehendakkan mati dlm keadaan tenang dan aman.bkn mati akbat kemalangan atau laen-laen hal sehingga tidak terpisah matinya dipangkuan pasangan juga yg dimksodkan dgn hendak berkubor ditapak tangan.
Arwah bonda sy suka mnyanyi lagu nih... Dlu sy anggap skdar hiburkn hati shj.. Tp skrg baru sy paham.... 😭😭😭...alfatihah buat arwah bonda Dan ayahnda.. Smoga dkurniakan syurga yg treats buat ayahnda Dan Bonda trcinta
ReplyDeleteHebat betul yg buat lirik ni..bahasa ug sangat indah
ReplyDelete🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️
ReplyDeleteKalau tuan mudik ke hulu..
Carikan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu..
Semua harta, kebun,kereta, waris ke saya,
🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete